Latar belakang
Puan Siti Istina Munirah Binti Yahya, 34 tahun merupakan salah seorang usahawan yang menjual produk-produk kesihatan berasaskan herba tempatan. Beliau memulakan perniagaan sekitar tahun 2023 dengan dibantu oleh suami beliau sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada awal perniagaan, Puan Siti Istina hanya menjual produk kesihatan kepada jiran-jiran, kenalan terdekat dan penduduk sekitar kawasan Karak. Beliau banyak mengiklankan produk yang dijual melalui Facebook dan Whatsapp sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan, beliau mula aktif mengiklankan produk-produk kesihatan di akaun TikTok dan juga Shopee. Tambahan pula dengan video-video yang dimuat naik di akaun TikTok, produk tersebut semakin dikenali ramai dan jualan di Shopee semakin meningkat.