Pusat Internet Kg. Jambu Rias telah dibuka pada tahun 2009 dan pada tahun ini sudah 8 tahun ia beroperasi. Sebelum ini ia dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), namun pada tahun 2012 ia telah diubah kepada Pusat Internet 1Malaysia dan nama tersebut digunakan sehingga ke hari ini.
Pada 31 Ogos 2014, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Jambu Rias telah ditutup untuk proses pengubahsuaian bangunan bertujuan memberi wajah baru. Malahan fasiliti-fasiliti juga ditukar baru dan beberapa penambahan dilakukan. Selain daripada itu, perkhidmatan juga ditambah dari masa ke semasa bagi memberi kemudahan pada penduduk yang tiada kenderaan untuk ke bandar. Misalnya untuk membayar bil utiliti,top up atau pun mengeluarkan duit kini boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Jambu Rias kerana telah menjadi Ejen Berdaftar BSN (EBB).
Pada Mac 2015, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Jambu Rias kembali beroperasi setelah siap diubahsuai sepenuhnya. Pada asalnya Pusat Internet 1Malaysia Kg. Jambu Rias beroperasi hanya 1 tingkat kini menjadi 2 tingkat dan ia memberikan ruang yang luas dan lebih selesa kepada pengunjung.
Tambahan pula, kini di tingkat bawah tersedia ruangan penggunaan komputer khusus buat pengguna orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda dan bertongkat bagi memudahkan mereka melayari internet serta memberi keselesaan tanpa gangguan pengguna lain. Selain itu juga, jika penggunaan komputer percuma dahulu hanya 30 minit kepada semua pengguna Pusat Internet 1Malaysia, kini ia dilanjutkan kepada 1 jam sehari terutama kepada pelajar,warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
DAHULU SEKARANG