Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bertujuan membantu peserta membuat resume bagi permohonan pekerjaan. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini,peserta diberi penerangan tentang kelebihan Microsoft word. Salah satunya boleh membuat resume format baru tanpa menggunakan software tertentu. Malahan peserta boleh menajamkan dan memperluaskan lagi kemahiran menggunakan Microsoft word. Latihan ini dimulakan dengan petugas mengarahkan peserta untuk membuat carian di internet contoh resume format terbaru. Setelah jumpa contoh resume yang terbaik peserta kemudiannya membuka Microsoft word untuk memulakan membuat resume. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana mahu menggunakan shapes untuk menambah tulisan atau dijadikan corak tertentu bagi menambah daya tarikan dalam resume tersebut. Malahan, petugas juga mengarahkan peserta untuk menambahkan beberapa icon dalam resume supaya resume nampak lebih kemas dan terkini. |
Laporan Aktiviti
March 1, 2019
Microsoft Word – Resume
