mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JAN 2019 – Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kg Jambu Rias

Tujuan 

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat selain mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung,agensi,MPKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat.Selain itu,al juga bertujuan utk mewujudkan komuniti mesra ICT dan Teknologi untuk penjagaan Kesihatan dan persekitaran bersih.

   

Aktiviti 

Melalui program ini,objjektif utama program dapat dicapai dengan adanya penglibatan dan penyertaan dari komuniti setempat berserta agensi-agentsi kerajaan dan NGO.  Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan berzumba.Kemudian,pelbagai aktiviti menarik diteruskan seperti pameran dan ceramah kesihatan dari pelbagai agensi seperi pameran dan taklimat keselamatan dari jabatan bomba cawangan Karak,pameran dan ceramah kesihatan dari  Klinik Kesihatan Karak,pemeriksaan kesihatan percuma,ujian pep smear,Pemeriksaan mata dari ur optical,panduan pemakanan sihat dari Kolej Komuniti Bentong,pelbagai kuiz dan Pertandingan serta disudahi dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.