Laporan Aktiviti September 2025 : Program Khas Merdeka & Sambutan Hari Malaysia
October 8, 2025
Tujuan Program ini dilaksanakan bagi tujuan menaikkan semangat cintakan tanah air bersama komuniti setempat serta menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan.
Aktiviti
Melalui program khas ini, petugas bersama-sama komuniti setempat dapat menyambut bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia melalui pelbagai aktiviti menarik mengikut. Program ini dimulakan dengan aktiviti saringan kesihatan kepada para pengunjung yang hadir serta pengesahan pendaftaran peserta bagi semua aktiviti yang dilaksanakan pada hati tersebut. Setelah itu, pertandingan mewarna kanak-kanak diikuti pertandingan menghias kek merdeka dimulakan. Apabila selesai, pertandingan poster dan kuiz merdeka pula dijalankan. Hadiah bagi semua pertandingan dan cabutan bertuah disampaikan oleh Pengerusi JPKK Kg Lengkong. Terdapat juga tanyangan filem patriotik kepada komuniti serta akhir sekali pertandingan Mobile Legend pada sebelah petang.