Laporan Aktiviti Ogos 2025 : Webinar Cybersecurity – Selamatkah Telefon Anda Dari Ancaman
September 6, 2025
Tujuan Memberi kesedaran kepada peserta tentang jenis-jenis ancaman yang boleh terjadi kepada telefon pintar pada masa kini.
Aktiviti
Melalui webinar ini, peserta dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan telefon pintar tidak menjadi mangsa ancaman siber. Webinar selama satu jam 30 minit ini merangkumi beberapa perkara seperti bagaimana mahu mengenal pasti ancaman tersembunyi yang boleh wujud pada telefon pintar anda. Selain itu, para peserta dapat mengetahui amalan-amalan perlindungan asas yang boleh diambil bagi mengelak manjadi mangsa. Malahan peserta juga diberi tunjuk ajar dengan demo teknikal secara langsung oleh penceramah.