mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Nov 2024 : Latihan ICT & STEM

Tujuan 

Latihan ini bertujuan menambah kemahiran peserta dalam mencari maklumat menggunakan carian Google. Selain itu, menguji kemahiran daya fikir dan kepantasan peserta dalam Tower Challenge dan memberi latihan kepada para peserta untuk meningkatkan daya kreatif peserta dalam membuat poster tentang perayaan di Malaysia menggunakan Canva .

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang perayaan setiap bangsa di Malaysia dan juga pakaian rasmi mereka, malahan peserta juga dapat menguji daya kepantasan berfikir dan bertindak melalui permainan Tower Challenge.  Peserta diminta untuk membuat carian empat bangsa utama di Malaysia dan pakaian rasmi budaya mereka. Kemudian peserta di arahkan untuk memuat naik ke dalam Canva untuk disunting dan disusun. Setelah itu peserta diberi masa untuk menjawab kuiz perkakasan komputer, dan peserta yang terawal berjaya menjawab ke semua soalan diberi hadiah. Kemudian para peserta diminta untuk membuat Tower Challenge dimana mereka perlu menyusun bangunan menjadi semakin tinggi tetapi perlu seimbang.  

Gambar Disini