Laporan Aktiviti Mac 2025 : Pertandingan Mobile Legends Bang Bang Peringkat NADI
April 4, 2025
Tujuan Tujuan pertandingan ini dijalankan untuk mencari wakil pasukan bagi pertandingan Mobile Legends peringkat Kebangsaan.
Aktiviti
Pertandingan ini dimulakan dengan sesi taklimat kesedaran melalui tayangan video podcast tentang Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan. Setelah itu, keempat-empat pasukan yang hadir membuat cabutan undi bagi menentukan pasukan mana yang akan berlawan dahulu. Format pertandingan adalah kalah mati. Perlawanan dipancarkan secara live di screen sepanjang pertandingan berlangsung supaya pasukan yang menunggu giliran dan pengunjung yang datang dapat melihat perjalanan perlawanan. Setelah selesai semua peserta diberi taklimat sekali lagi oleh petugas dan seterusnya sesi penyampaian hadiah dan juga sijil untuk semua peserta.