
Tujuan Menambah keahlian NADI, Penerangan tentang perkhidmatan 5 Pillar di NADI, Memberi kesedaran tentang buli siber, cyber grooming & penipuan atas talian (scammer), Pemeriksaan kesihatan kepada guru dan kakitangan sekolah secara percuma | |
Aktiviti | |
Petugas memberi taklimat tentang revolusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada para peserta, perkhidmatan yang terdapat di setiap NADI di Malaysia malahan kelebihan menjadi ahli NADI. Setelah itu, petugas juga memberi penerangan tentang kesan buli siber kepada individu, bahaya tentang link laman sesawang yang tidak sahih yang menjerumus kepada penipuan scammer serta bahaya berinteraksi dengan individu yang tidak dikenali di media social. Sepanjang taklimat berlangsung terdapat juga pemeriksaan kesihatan diberi kepada guru-guru serta kakitangan sekolah secara percuma. Selepas selesai taklimat, peserta diberi soalan kuiz dan sesi soal jawab. Akhir sekali sesi penyerahan sijil kerjasama kepada guru besar atau wakil sekolah serta sesi bergambar dengan semua yang terlibat. |