mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Aira Qairina binti Muhammad Saiful Shafiq

Latar belakang

Aira Qairina binti Muhammad Saiful Shafiq merupakan murid tahun empat di Sekolah Rendah Jambu Rias, Karak yang berusia 10 tahun. Beliau telah menjadi ahli NADI Kg Jambu Rias iaitu 20 Nov 2023. Pada waktu itu, beliau kurang pengetahuan dalam penggunaan komputer dan juga internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas di NADI Kg Jambu Rias, beliau kurang mahir menaip dan menggunakan tetikus. Malahan beliau juga tidak tahu cara yang berkesan untuk mencari sesuatu maklumat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mendaftar menjadi ahli, beliau mula mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas setiap bulan. Kini, beliau semakin mahir menggunakan perkakasan, perisian asas komputer dan enjin carian maklumat di Internet. Selain itu juga, dengan penglibatan kelas ICT membuatkan beliau semakin seronok untuk datang ke NADI dan mempelajari ilmu-ilmu baru. Beliau aktif menyertai setiap latihan dan program yang di anjurkan oleh NADI bersama adik dan sepupunya. Beliau juga kerap memenangi hadiah setiap kali menjawab soalan kuiz.