Jika anda mendapat mesej atau whatsapp daripada orang tidak dikenali meminta untuk anda berkongsi no tac perbankan atas talian, sila abaikan atau jangan respon kerana itu adalah taktik scammer untuk mendapatkan wang didalam bank anda..Sila berhati-hati..

Jangan terpedaya dengan janji-janji manis si penipu! Katakan tidak kepada SMS yang tidak dikenali.Jangan terpedaya dengan janji-janji manis si penipu! Katakan tidak kepada SMS yang tidak dikenali. Sumber: Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia

Kerajaan serius dalam mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19. Patuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi mengawal penularan #COVID19. #KitaAkanMenang#LindungDiriLindungSemua Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyebaran berita palsu semakin berleluasa di platform media sosial sejak kebelakangan ini. Banteras berita palsu dengan bertindak tegas dan laporkan segera kepada pihak berkuasa. Bersama kita perangi berita palsu! Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pastikan anda sentiasa mengemaskini tahap kesihatan anda dari semasa ke semasa di aplikasi #MySejahtera. Bersama kita putuskan rantaian #COVID19 Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth