mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DIS 2019 – E-Pembelajaran & Advokasi – Puzzle Tidak Pasti Jangan Kongsi

Tujuan 

Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat palsu yang semakin mudah tersebar melalui media sosial dan juga sambil itu bagi menguji ketangkasan para peserta.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat menguji ketangkasan masing-masing dalam menyelesaikan puzzle yang telah disediakan kemudian memberi lebih pendedahan kepada semua peserta tentang maklumat palsu yang semakin mudah tersebar dan langkah yang harus diambil supaya tidak terjebak dengan golongan yang gemar menyebarkan berita palsu.  Latihan dimulakan dengan pertandingan puzzle Tidak Pasti Jangan Kongsi. Pemenang dipilih mengikut peserta yang paling pantas menyelesaikan puzzle tersebut. Setelah semua peserta selesai menyiapkan puzzle, kemudian petugas memberi sedikit penerangan tentang langkah yang perlu diambil bagi menghindar menjadi mangsa maklumat palsu serta tidak menjadi penyebar maklumat palsu.

Gambar Disini