mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOV 2018 – Smart Intellect Programme (SIP)-Part 8

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan bagi menguji pengetahuan dan kefahaman para pelajar mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini petugas dapat mengukur pengetahuan dan kefahaman para pelajar mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word yang telah dipelajari ketika kelas terdahulu. Malah dengan latihan ini para pelajar dapat mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari semasa kelas sebelum ini.  Sebelum latihan dimulakan, terlebih dahulu petugas memberi penerangan semula tentang bagaimana mahu memasukkan gambar, membuat pelbagai pergerakan tulisan menggunakan word art dan juga penggunaan text box. Setelah perkara tersebut diterangkan kemudian para pelajar bergilir-gilir membuat latihan teks berformat.