LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 : E-MUNAKAHAT – PERMOHONAN NIKAH
July 5, 2025
Tujuan Membantu para peserta membuat permohonan nikah secara atas talian melalui system e-Munakahat Pahang.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana mahu mendaftar sebagai pengguna buat kali pertama. Kemudian, peserta diminta untuk mengisi semua maklumat peribadi dan maklumat pasangan. Peserta juga perlu melengkapkan maklumat saksi serta wali bagi membolehkan peserta untuk menghantar permohonan nikah. Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan peserta berjaya menghantar permohonan serta dapat mencetak borang kebenaran nikah dan ujian saringan HIV.