Laporan Aktiviti Mei 2025 – Bengkel Asas Penggunaan Video Smartphone
June 5, 2025
Tujuan Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kretiviti dan pengetahuan peserta dalam menghasilkan video pendek.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan berkenaan asas membuat video terlebih dahulu. Kemudian, peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk membuat tugasan video pendek. Setiap kumpulan berbincang dan membuat storyboard supaya jalan cerita lebih tersusun. Setelah selesai, mereka membuat pengambaran dan menyunting video menggunakan aplikasi capcut. Video pendek yang telah siap ditayangkan kepada semua peserta.